Sunday, April 11, 2010

Gaya hidup sihat, diet seimbang cegah obesiti

GAYA hidup, trend pemakanan, sikap dan pengaruh persekitaran sekarang mendorong gejala berat badan atau obesiti yang semakin ketara. Obesiti memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh. Ia dikaitkan dengan pakej penyakit kronik, iaitu darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang dan jantung selain menjejaskan sistem reproduksi.

Jumlah penduduk yang mengalami obesiti juga semakin meningkat. Jika gejala ini tidak dibendung, struktur masyarakat akan semakin lemah kerana sebahagian besar komponen muda mengalami obesiti sekali gus tidak aktif kerana berpenyakit.

Obesiti mesti ditangani segera sebelum majoriti rakyat negara ini mengalaminya. Justeru, perlu ada tindakan bersepadu agensi dan kementerian untuk memberi panduan kepada rakyat mengenai disiplin pemakanan serta keperluan melakukan aktiviti riadah untuk mengekalkan berat badan ideal. Memandangkan pemakanan adalah asas kehidupan yang sihat, proses mendidik rakyat mengenainya mesti membabitkan sistem pendidikan di semua peringkat. Kementerian Kesihatan mesti mempelopori tindakan ini. Perlu ada segmen pemakanan dalam mata pelajaran yang difikirkan sesuai di sekolah

Kemudian, kementerian menggembleng pelbagai media massa, multimedia dan media sosial untuk menyebarkan panduan pemakanan seimbang kepada orang ramai. Program menggalakkan senaman, mengutamakan diet seimbang dan kempen menurunkan berat badan mesti disemarakkan. Ilmu keibubapaan juga perlu diserapkan dengan galakan dan fakta kebaikan menyediakan sendiri makanan untuk keluarga di rumah. Perlu juga disebarkan silibus mengenai diet dan penyediaan makanan secara sihat untuk dijadikan panduan. Menangani obesiti memerlukan panduan dan dorongan pakar. Obesiti sangat kompleks dan hanya panduan pakar mampu menghuraikan permasalahan itu.

Apabila Kementerian Kesihatan menyebut ada kira-kira 300 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat untuk memberi kaunseling berhubung obesiti, ia adalah tindakan yang benar-benar serius mahu menangani gejala berkenaan. Kesungguhan kerajaan melihat rakyat sihat turut dibuktikan dengan penubuhan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom), Sabtu lalu. Majlis itu dianggotai 13 anggota persatuan yang akan membantu kerajaan menangani masalah obesiti sambil menyebarkan penerangan dan maklumat serta meningkatkan kesedaran umum mengenai gaya hidup sihat termasuk aspek pemakanan.

Kemahiran memberi kaunseling mengenai obesiti dan gaya hidup sihat juga mesti disebarkan kepada lebih ramai individu termasuk guru, persatuan, kelab, badan bukan kerajaan mahupun organisasi pekerjaan supaya penyampaiannya lebih menyeluruh. Susulan lain hasil penubuhan Mcom ialah keperluan mewujudkan garis panduan dalam industri makanan dan minuman yang selama ini ada produknya menyumbang kepada obesiti. Jelas, obesiti ada kaitan dengan pelbagai perkara dan semua ini perlu ditangani dengan bijak tetapi tegas dan berhemah


Obesiti : Perlu Harus ke gimasium

SERAMAI 300 pakar pemakanan akan diletakkan di klinik kerajaan terpilih bagi memberi kaunseling kepada masyarakat cara pemakanan dan gaya hidup sihat bagi membendung masalah berat badan dan obesiti di kalangan rakyat. Ini satu lagi usaha kerajaan untuk lahirkan masyarakat cergas dan sihat.

April 2010 BH

Wednesday, April 7, 2010

Urbanites face triple health threat due to lifestyle, says WHO

The World Health Organisation (WHO) Country Representative Magda Robalo said many people in cities in the world, are facing a triple health threat, such as infectious diseases, that thrive in crowded conditions.

Citing Robalo, who addressed members of the public at the celebration of World Health Day in the capital, Namibian Press Agency (Nampa) reported that people in cities also faced increase in non-communicable diseases as their major risk factors are exacerbated by urban lifestyles and road traffic accidents, injuries and crime.

She explained that the rapid increase of people living in cities would be among the most important global health issues of the 21st century.

Over one third of city dwellers, she added, live in informal settlements without adequate basic services, such as schools, water and sanitation, roads, shelter, safe food and quality health care services.

According to Robalo, it is estimated that by 2030, six out of 10 people would be city dwellers, rising to seven out of every 10 people by 2050.

The World Bank estimates that by 2035, cities will become the predominant sites of poverty.

She said while urbanisation brings many positive benefits, such as economic growth, better educational opportunities and advancement in many cases especially in the developing world, the speed of urbanisation has outpaced the ability of governments to build essential infrastructure.

World Health Day is celebrated every year on April 7, under the sponsorship of the WHO, themed "Be part of a global movement to make cities healthier". - Bernama