MESIN ujian mata yang dikenali Phoroptor yang digunakan dalam ujian penilaian Sistem Ketepatan Better Vision (BVAX).
RANGKAIAN pusat optik atau kedai cermin mata lebih menumpukan kepada jualan dan kurang memberi perhatian kepada penjagaan mata disebabkan oleh trend pasaran dan permintaan pengguna. Keadaan ini amat membimbangkan kerana penekanan sekarang lebih menjurus kepada promosi secara agresif dan tawaran jenama dan fesyen, manakala perhatian kepada ujian, diagnosis dan penilaian penjagaan mata semakin berkurangan. Keadaan semasa ini menandakan kekurangan kesedaran di kalangan pengguna terhadap maksud ujian dan penilaian mata yang wajar.
Kebanyakan orang tidak tahu bahawa setiap mata mempunyai ceritanya sendiri dan setiap cerita adalah berbeza. Mata setiap orang mempunyai profilnya sendiri yang bergantung kepada usia, sejarah kesihatan dan penggunaan matanya dalam kapasiti yang berlainan berasaskan pekerjaan, minat dan gaya hidup. Justeru, memang sewajarnya mata setiap orang diuji secara berasingan untuk menilai dengan tepat kesihatannya dan untuk memastikan diagnosis dan preskripsi yang betul. Jika ini tidak dilakukan, ia boleh mengakibatkan seseorang mengalami masalah penglihatan atau dalam kes lebih teruk kemerosotan penglihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, dan akhirnya menjejaskan kualiti hidup.
Piawaian baru dalam ujian dan penilaian penjagaan mata
Walaupun terdapat banyak piawaian dan penilaian dalam penjagaan mata, penting untuk seseorang memastikan dia melalui ujian mata profesional. Menurut Pengurus Besar Better Vision Malaysia dan Singapura, Benjamin Pwee, mata setiap orang diuji secara berasingan mengikut jenis kekerapan aktiviti harian atau pun hobi yang sering dilakukan.
“Contohnya, pemain golf dan pemandu perlu mengikut ujian mata yang berbeza. Begitu juga dengan warga emas,” jelasnya.
Sementara itu Pengurus Operasi Better Vision Malayasia, Richard Loh memberitahu, piawaian ujian penjagaan mata profesional yang ditawarkan di pasaran optik Malaysia menerusi ujian penilaian Sistem Ketepatan Better Vision (BVAX).
“Ia lebih tepat dan cekap untuk mengukur keperluan jenis atau diagnosis mata seseorang,” jelasnya.
Matlamat Better Vision bukan sahaja untuk menawarkan pelbagai pilihan kanta preskripsi dan bingkai cermin mata yang terbaik kepada pelanggan, tetapi juga untuk memastikan mereka mendapat ujian dan nasihat rundingan penjagaan mata profesional yang sebaik mungkin.
Ujian Penilaian Sistem Ketepatan BVAX:
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri optik, Better Vision berharap untuk membawa tanda aras baru dalam kualiti dan piawaian ujian penjagaan mata profesional yang ditawarkan di pasaran optik Malaysia menerusi ujian penilaian Sistem Ketepatan Better Vision (BVAX). Penilaian BVAX merangkumi penilaian komprehensif 12 langkah, disertakan dengan ujian khusus yang mungkin diperlukan bergantung kepada usia dan gaya hidup seseorang.
Senario Semasa:
Ramai pengguna menyangka bahawa ujian mata hanya bertujuan untuk mengenal pasti sama ada seseorang rabun jauh atau rabun dekat, dan untuk menentukan kekuatan kanta preskripsi yang diperlukan. Itulah yang ditawarkan oleh kebanyakan rangkaian pusat optik sebagai proses ujian mata biasa. Bagaimanapun, pemeriksaan ujian mata yang betul boleh memberi lebih banyak tafsiran dan penilaian lebih terperinci.
Profil Terperinci Pelanggan:
Dengan proses 12 langkah BVAX, tindakan permulaan Better Vision ialah mendapatkan profil lengkap pelanggan jika dia adalah pelanggan baru kerana profil mata setiap orang adalah unik kepada usia, kesihatan dan keperluan gaya hidupnya.
Profil yang terperinci ini akan memberi maklumat yang diperlukan oleh pakar optik terlatih Better Vision, untuk menentukan komponen ujian mata yang betul dan diperlukan oleh pelanggan bagi membolehkan mereka memberi penilaian dan diagnosis yang sebaik mungkin.
Sistem ketepatan Better Vision (BVAX)
- Proses 12 langkah
Langkah 1 - Penilaian Sejarah Mata Pelanggan
– Mendapatkan sejarah pemeriksaan mata terdahulu pelanggan, preskripsi cermin mata / kanta lekap semasa yang digunakan dan sebab kedatangan
– Mendapatkan latar belakang perubatan am pelanggan
– Menilai keperluan optik lain dengan mengajukan soalan am mengenai pekerjaan dan hobi pelanggan
Langkah 2 - Ujian Pembiasan Objektif
– Komputer khas akan digunakan untuk menentukur dan mengesan kerosakan mata
– Langkah ini biasanya digunakan untuk menganggarkan preskripsi mata untuk takat permulaan atau mengukur sama ada terdapat sebarang perubahan besar daripada preskripsi cermin mata semasa
Langkah 3 - PEMBIASAN SUBJEKTIF
– Untuk memastikan ketepatan preskripsi cermin mata
– Contoh: Kuasa rabun jauh yang tidak secukupnya akan menyebabkan penglihatan kabur bila melihat papan tanda jauh.
Langkah 4 - Carta Kipas dan ujian silinder berpangkah
– Menentukan paksi (arah) astigmatisme pelanggan dengan tepat
– Contoh:
1. Preskripsi paksi tidak tepat boleh menyebabkan silau yang ketara, terutama sekali bagi pemandu yang memandu pada waktu malam.
2. Paksi dan kuasa astigmatisme tidak tepat boleh menyebabkan silau bila bermain pada waktu siang atau malam dan lebih sukar untuk menilai garis lurus (bagi pemain golf)
3. Preskripsi astigmatisme tidak betul boleh menyebabkan pening kepala atau gayat selepas lama membaca atau membuat kerja yang memerlukan pengamatan jarak dekat (bagi warga emas)
Langkah 5-Ujian Ketajaman Penglihatan
– Untuk mengesah dan memastikan kejelasan penglihatan selepas penglihatan mata diperbetulkan
– Pelanggan mungkin mempunyai penglihatan lebih baik daripada 6/6 (atau 20/20), ini adalah kelebihan tambahan bagi mereka yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan penglihatan jelas seperti juruterbang, atlet, polis, pemandu teksi dan sebagainya.
Langkah 6-Ujian Dwikrom
– Untuk memastikan preskripsi tidak terkurang pembetulan bagi rabun jauh atau terlebih pembetulan bagi rabun dekat
– Kedua-dua kes akan menyebabkan stres penglihatan dan boleh mengakibatkan perubahan preskripsi mata lebih cepat
Langkah 7-Imbangan Binokular (Dwimata)
– Untuk memastikan preskripsi atau penglihatan kedua-dua belah mata seimbang bagi menjamin keselesaan
– Preskripsi tidak seimbang boleh menyebabkan penglihatan tidak selesa (bagi pemandu), kesukaran membidik semasa tee off (bagi pemain golf), dan rasa tidak selesa semasa membaca atau melakukan kerja yang memerlukan pengamatan jarak dekat (bagi warga emas)
Langkah 8-Ujian penglihatan dekat
– Untuk memastikan sama ada preskripsi membaca diperlukan
– Punca biasa pening kepala & ‘keletihan mata’ terutama sekali bagi yang berumur 38 tahun dan ke atas
Langkah 9-Ujian penglihatan warna
– Ujian untuk menentukan kekurangan penglihatan warna– Jika ujian ini tidak dijalankan, keupayaan pelanggan untuk membezakan warna tidak akan dikenal pasti
Langkah 10-Penilaian Penglihatan Binokular (Dwimata)
– Untuk menentukan sama ada terdapat sebarang keadaan tidak normal pada otot mata
– Otot kedua-dua belah mata yang tidak berfungsi dengan betul boleh menyebabkan pening kepala atau gayat
– Ujian ini penting bagi ramai orang yang mempunyai pekerjaan & hobi yang memerlukan ketajaman penglihatan seperti anggota polis yang tidak boleh membidik pistol dengan tepat, juruterbang yang tidak dapat menentukan landasan pendaratan dengan betul dan sebagainya
Langkah 11-Analisis Penglihatan
Untuk menyemak semula data yang dikumpulkan dan membuat pembetulan kepada preskripsi akhir, jika perlu
Langkah 12-Pengurusan Pelanggan
– Untuk menerangkan tentang diagnosis pelanggan dan memberikan nasihat yang perlu– Memberikan penyelesaian khusus (boleh lebih daripada 1 penyelesaian) berasaskan Langkah 1 - 11.
– Untuk menentukan sama ada memberi preskripsi cermin mata atau kanta lekap, nasihat mengenai jenis kanta dan bingkai yang sesuai
– Untuk menentukan sama ada perlu merujuk pelanggan kepada pakar oftalmologi sekiranya dikesan menghidap sakit mata
– Untuk menasihatkan kunjungan seterusnya
BVAX - Penyelesaian keperluan khusus mata anda.
Warga Emas
Bila usia kita meningkat, kesihatan kita merosot dan penglihatan mata kita juga tidak terkecuali. Biasanya, tiada gejala amaran dan umumnya ramai warga tua menyifatkan kekurangan penglihatan sebagai sebahagian daripada proses penuaan semula jadi. Dengan menggunakan sistem BVAX, penyakit mata boleh dikesan awal supaya warga emas boleh memulihara penglihatan mata mereka dan menjalani hidup yang berkualiti.
Bagi warga emas, sistem BVAX menerapkan pelbagai ujian yang akan membantu mereka menilai masalah yang menjejaskan penglihatan pusat disebabkan oleh kemerosotan sel di bahagian tengah retina, glaukoma, katarak dan retinopati diabetes.
Ujian tambahan untuk warga emas selain ujian ukuran penglihatan mata 12 langkah yang biasa adalah:
1. Carta Amsler (ujian medan penglihatan)
– Untuk mengesan masalah yang menjejaskan penglihatan pusat seperti Kemerosotan Berkaitan Usia (sel di bahagian tengah retina berhenti berfungsi), glaukoma, dan retinopati diabetes..
– Ujian ini boleh juga digunakan untuk memantau keadaan retinopati diabetes yang sedia ada.
2. Pemeriksaan katarak dan retina
– Untuk memeriksa keadaan katarak yang sedia ada– Sekiranya terdapat katarak, jelaskan tentang lokasi, saiz dan sama ada penglihatan terjejas atau mencadangkan pembuangan katarak
– Untuk memeriksa retina bagi mengesan sebarang penyakit & kemungkinan tekanan darah tinggi
3. Pemeriksaan IOP
– Untuk mengambil bacaan tekanan bola mata dan memaklumkan sama ada bacaan dalam julat normal (tahap tinggi dianggap glaukoma)
– Tekanan tinggi dalam mata boleh menyebabkan kerosakan saraf optik mata
– Jika tidak dikesan, boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, mewujudkan ‘terowong penglihatan’ dalam jangka panjang
Pemain golf & pemandu
Sama ada berjoging, mendaki gunung atau bermain golf, penglihatan yang sempurna memainkan peranan penting dalam segala yang kita lakukan. Mencapai keputusan yang baik dalam ukuran penglihatan mata 12 langkah BVAX tidak semestinya bermakna anda mempunyai penglihatan yang sempurna.
Sistem BVAX menawarkan ujian unik yang menilai kepekaan kontras melebihi atau berkurangan dari tahap normal. Ujian ini menggunakan sensitiviti kontras tahap berbeza dari ujian normal bagi mengesan kekurangan upaya untuk melihat dalam keadaan silau, kekurangan keupayaan untuk laluan jalan kaki atau bahu jalan, kegagalan untuk melihat objek besar atau objek kontras rendah dalam keadaan berkabut atau berkabus, dan kekurangan upaya untuk melihat objek tertentu dengan latar belakang terang.
Ujian ini penting untuk individu aktif yang ingin meningkatkan pencapaian dan prestasi mereka. Ujian tambahan yang dijalankan untuk pemandu dan pemain golf selain ujian ukuran penglihatan mata 12 langkah biasa ialah:
1. Ujian kepekaan kontras Pelli Robson-
Untuk menilai selanjutnya kualiti penglihatan yang boleh dicapai
- Untuk mengesan kekurangan kepekaan kontras, kekurangan upaya mengenali tepi (seperti turapan jalan, lorong jalan kaki, kaki lima atau bahu jalan), kegagalan untuk melihat objek besar dengan kontras rendah di bawah keadaan lampu atau tahap penglihatan yang berlainan, dan ketiadaan upaya untuk melihat objek tertentu dengan latar belakang cerah.
No comments:
Post a Comment