Sejumlah 187 rakyat Sarawak disahkan meninggal dunia kerana didapati menghidap Aids sejak 19 tahun lalu dengan 1,336 penduduk dikenal pasti dijangkiti penyakit maut itu.
Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, yang bimbang dengan perkara itu, berkata terdapat peningkatan kes penyakit Aids yang dilaporkan di negeri setiap tahun.
Justeru, beliau berkata, usaha serius perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak Aids di Sarawak.
Kita tidak mahu wabak berkenaan terus menular di Sarawak. Ketika ini, sejumlah 188,000 rakyat negara ini disahkan pembawa kuman HIV atau dijangkiti Aids.
"Perkara ini agak membimbangkan dan terdapatnya peningkatan kes seumpamanya di Sarawak," katanya ketika merasmikan Forum Bersama Membenteras Aids di Pustaka Miri
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment