ARTRITIS dan reumatisme mungkin merupakan keadaan radang utama yang mempengaruhi kehidupan. Artritis merupakan istilah am bagi hampir 100 jenis penyakit yang disenaraikan mengakibatkan sama ada radang tisu penghubung, terutamanya pada sendi atau degeneratif bukan radang (penuaan) pada tisu tersebut.
Selain daripada keadaan tersebut, penyakit termasuk gout, lupus eritematosus, ankilosing spondilitis, penyakit degenratif sendi dan banyak lagi penyakit sendi. Punca gangguan tersebut termasuk reaksi sistem ketahanan badan dan kerosakan akibat proses penuaan, manakala penyelidikan menunjukkan bahawa sistem saraf mungkin terlibat.
Gejala biasa bagi hampir setiap bentuk artritis ialah sakit sendi. Ramai orang mungkin mengalami rasa kaku ketika bangun pagi yang mungkin berlanjutan selama sejam. Bengkak (edema), kemerahan atau rasa hangat pada sendi mungkin adalah tanda artritis. Penghidap juga mungkin mengalami kesulitan untuk menggerakkan sendi atau memberi beban berat ke atasnya.
Sakit sendi mungkin kekal atau berulang dengan terjadinya kelembutan pada sendi. Pada lutut artritis, kesakitannya seperti tiada rasa sokongan di dalam kaki. Setengah orang pula mungkin mempunyai jangkauan pergerakan yang terhad terutamanya pada bahu dan lengan.
* Jenis dan Perbezaan Artritis
* Osteoartritis (OA). Bentuk paling umum arthritis, biasanya berlaku padagolongan tua. OA hanya mempengaruhi sendi dan bukan sistem badan lain. Rawan (gel dalam sendi) menghaus, kekurangan rawan dan pertumbuhan tulang baru yang terdedah (tulang sisip) mengakibatkan tulang bergeser sesama sendiri. OA biasanya berlaku pada lutut, pinggul dan tulang belakang. Ini juga biasa berlaku pada tangan dan kaki. Trauma juga boleh mencetuskan OA, contohnya kecederaan semasa bersukan yang merosakkan meniskus (tapak rawan) mungkin membawa kepada OA sendi.
nArtritis Reumatoid (RA). Mempengaruhi membran kapsul sendi dan mungkin menyerang tisu dan organ lain. RA menyebabkan kebengkakan pada membran sinovial (yang menyerap tekanan sendi) dan mengakibatkan bengkak, sakit dan adakalanya kecacatan sendi. Ini merupakan suatu gangguan autoimun, yang mana sistem ketahanan badan menyerang tisunya sendiri.
* Gout dan Pseudogout. Melibatkan pengumpulan kristal di satu atau banyak sendi. Dalam gout, peningkatan asid urik yang berlebihan dalam sendi (biasanya ibu jari) menyebabkan kesakitan. Gout boleh juga disebabkan oleh keadaan kurang pembuangan asid urik dalam buah pinggang, atau kedua-duanya. Serangan gout pertama biasanya akut dan terlalu sakit. Gout berlaku lebih kerap pada lelaki. Pseudogout (kondrokalsinosis) melibatkan pengumpulan kristal kalsium pirofosfat dihidrat (CPPD) dalam sendi, biasanya pada lutut.
* Ankilosing spondilitis. Keadaan luar biasa terutamanya mempengaruhi tulang belakang. Ia boleh juga menyebabkan radang dalam bahagian badan yang lain, seperti sendi di antara tulang rusuk dan tulang belakang, pada pinggul, bahu, lutut dan tapak kaki. Banyak keadaan lain boleh menyebabkan kesakitan jenis artritis, termasuk penyakit lupus dan sindrom keletihan kronik. Bentuk artritis lain termasuk artritis juvana, berjangkit, psoriatik dan reaktif.
* Risiko dan Punca Artritis
Risiko mungkin meningkatkan perkembangan penyakit atau keadaan ini termasuk:
* Usia. OA setakat ini merupakan bentuk artritis paling biasa berlaku biasanya ketika usia semakin meningkat. Usia lanjut juga merupakan suatu faktor risiko bagi pseudogout. Tetapi, RA, ankilosing spondilitis, sindrom Reiter dan gout lebih biasa berlaku pada peringkat remaja, tetapi kanak-kanak juga boleh mengalami artritis.
* Berat badan. Berat melampau mungkin meningkatkan kecenderungan untuk berkembangnya osteoartritis. Tekanan berlebihan terhadap sendi mungkin membawa kepada penuaan rawan.
* Jantina. Wanita lebih cenderung untuk mengalami banyak jenis artritis berbanding lelaki, termasuk OA dan RA. Beberapa keadaan artritis lebih banyak dialami lelaki, termasuk gout, Sindrom Reiter dan ankilosing spondilitis.
* Genetik. Kajian menunjukkan suatu penanda genetik yang dinamakan HLA-B27 boleh dijumpai dalam beberapa orang yang mempunyai bentuk artritis tertentu seperti ankilosing spondilitis.
* Gaya hidup. Gaya hidup mungkin mengakibatkan artritis. Contohnya, gout mungkin terjadi apabila asid urik berlebihan mengumpul dalam sendi. Asid urik berasal dari makanan atau minuman yang kaya dengan purin, dengan ini orang yang mempunyai purin berlebihan dalam diet mereka (seperti alkohol, organ dalaman, ikan bilis) lebih cenderung untuk mengalami gout.
* Cara Diagnosis Artritis
Diagnosis artritis akan melibatkan pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa sendi dan otot dari segi kelembutan dan jangkauan pergerakan dan memerhatikan gambaran serta kesakitan dan jangkamasanya. Kebanyakan pemeriksaan diagnosis di mana artritis disyaki akan merangkumi kajian pengimejan. Sinar- X menunjukkan tulang dan sendi, dan mungkin menunjukkan pertum
buhan bertulang atau perubahan saiz kapsul sendi atau kedudukan tulang. MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) dan imej ultrasound memberikan gambaran tisu lembut dengan lebih baik. Ultrasound mungkin berguna bagi artritis rheumatoid (RA) pada tangan.
Banyak ujian makmal digunakan untuk menyaring jenis arthritis. Beberapa ujian darah merangkumi kiraan darah penuh menolong ujian terhadap artritis berjangkit, di mana sel darah putih biasanya bertambah dalam bentuk artritis ini. Ujian Antibodi Anti-nuklear (ANA) menolong ujian terhadap gangguan autoimun tertentu seperti RA dan lupus.
Ujian Faktor Reumatoid (RF) mungkin menunjukkan RA atau keadaan autoimun lain. Dalam ujian HLA-B37, kehadiran petunjuk genetik dalam sel darah putih mungkin menunjukkan banyak keadaan termasuk ankilosing spondilitis, RA, artritis rheumatoid juvana dan Sindrom Reiter. Suatu tahap tambahan pada kadar Sedimentasi Eritrosit (ESR) menunjukkan inflamsi, tetapi boleh disebabkan oleh banyak jenis radang atau jangkitan. Suatu tahap tambahan pada ujian protein reaktif C dihasilkan oleh hati mencadangkan penyakit radang seperti RA sementara suatu takat asid urik yang tinggi dalam darah mungkin menunjukkan gout.
* Pendekatan Rawatan Semulajadi
Pendekatan holistik bertujuan untuk bekerjasama dengan seluruh badan dalam menggalakkan pemulihan keadaan sambil menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang meningkat.
Faktor nutrisi adalah sangat penting dalam kejayaan rawatan. Makanan yang boleh memburukkan masalah artritis harus dielakkan. Diet penyingkiran asas melibatkan menurangkan pengambilan: kopi (tanpa kafein atau biasa); cuka dan makanan berasaskan cuka (mungkin kecuali cuka jeruk epal); sayuran yang mengandungi takat asid yang tinggi (tomato, rubab dan lain-lain); Beri yang berasid seperti Gooseberries, anggur merah dan hitam; gula putih dan produk yang mengandunginya; tepung putih dan banyak hasil produknya; bahan tambahan, perasa dan pengawet buatan; makanan yang diproses; minuman berkarbonat; daging merah, kerang dan makanan atau minuman yang mengakibatkan masalah kepada pesakit.
Prinsip umum bagi membuang toksin merupakan unsur penting dalam rawatan artritis. Dalam amalan rawatan holistik, pelbagai herba yang bersifat alternatif, diuretik dan laksatif seperti burdock, biji seleri dan beri jupiter digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Adakalanya, Hidroterapi Kolon digunakan jika diperlukan terutamanya apabila sembelit. Herba anti-radang seperti boswelia, Devil‘s Claw dan kunyit juga boleh digunakan kerana telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan radang.
* Memperbaiki dan Membina Semula Rawan: Pengambilan suplemen formula 2-dalam-1 Glukosamina dan Kondroitin memainkan peranan dalam pemeliharaan rawan sendi. Apabila diambil sebagai suplemen, formula suplemen tanpa natrium Glukosamina dan Kondroitin menolong menghilangkan kesakitan, rasa kaku dan bengkak pada sendi. Dalam jenis artritis yang lebih teruk, Kolagen Ayam Jenis II telah terbukti berkesan dalam membantu pemulihan dan pembaikan rawan.
Suplemen lain yang berguna dan bermutu baik adalah kalsium, boron, Vitamin D dan E.
Senaman tertentu juga dapat membantu dalam pengurangan ras kaku dan meningkatkan pergerakan sendi. Terapi Bowen, sejenis terapi badan yang berasal dari Australia untuk melegakan kesakitan, juga boleh digunakan bagi meningkatkan pergerakan. Dalam beberapa keadaan tertentu, penggunaan “Teknik Akutekanan Emosi” akan membantu dalam pengurangan kesakitan dan sebarang keadaan yang menghalang seseorang daripada pulih.
“Hothouse Far Infra-Red Dome” pastinya berguna bagi golongan yang berupaya memilikinya kerana ia meningkatkan peredaran darah, membantu membuang toksin dan menghilangkan kesakitan mengikut masa dan lebih-lebih lagi ia memperbaiki keadaan tersebut jika digunakan dengan berdisiplin.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment