ROKOK adalah penyebab 85 hingga 90 peratus COPD yang boleh membawa maut.
PARU-PARU mengalami kerosakan apabila terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia berbahaya.
Namun, adakah hanya kerana pelbagai jawapan daripada golongan ini, ia akan menjadi alasan kepada dunia untuk terus menyeru mereka menjauhi rokok? Jawapannya tentunyalah tidak.
Pelbagai kempen kesedaran digerakkan untuk memberitahu kepada dunia tentang pelbagai penyakit bawaan rokok. Salah satu penyakit yang pasti dihidapi oleh kebanyakan perokok adalah penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
Mungkin COPD kedengaran janggal tetapi apakah simptom-simptom ini akan membuatkan anda terasa ia seperti terlalu dekat dengan diri anda (pernah menghidapnya). Antara simptom utama COPD termasuklah sesak nafas, batuk, kahak dan nafas terasa pendek.
Bagaimanapun, COPD sering disalahtafsirkan oleh kebanyakan orang sebagai asma. Untuk memudahkan, jika anda perokok tidak perlulah menafikan yang kononnya simptom itu adalah asma.
Ini kerana seperti yang ditekankan oleh Profesor Antonio Anzueto dari Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 85 hingga 90 peratus perokok akan berakhir dengan menjadi penderita COPD.
Menyedari situasi jumlah perokok di Asia Pasifik yang semakin bertambah, Anzueto, berkata, satu kajian terbesar di dunia tentang penyakit AECB yang dikenali sebagai Greatest International Antibiotic Trial (Giant) telah dilakukan sejak awal tahun 2004.
“Kajian yang dilakukan di 46 negara di dunia termasuk Asia Pasifik juga ingin melihat manfaat jangka panjang rawatan antibiotik ke atas pesakit AECB. Kutipan data yang mengumpulkan 47,000 pesakit pada September tahun lalu menjadikan Giant, kajian antibiotik terbesar pernah dilakukan,” katanya ketika membentangkan hasil Giant di Singapura baru-baru ini dibawakan oleh syarikat farmaseutikal Bayer Schering Pharma.
Antara yang terlibat termasuklah Bahamas, Brazil, Jamaica, Panama, Peru dan Venezuela mewakili Amerika Latin, Austria, Croatia, Jerman, Poland dan Hungary (Eropah), Bahrain, Jordan, Lebanon, Qatar, Turki dan Oman (Asia Barat), China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan (Asia Pasifik),
“Walaupun kajian ini menuntut halangan yang besar kerana melibatkan doktor perubatan di banyak negara serta pelbagai peraturan perubatan tempatan, tetapi kita tetap mahu menjalankannya untuk melihat perbezaan AECB di setiap negara dan benua.
“Selain itu juga, kita ingin melihat tahap keberkesanan antibiotik, adakah ia juga berbeza mengikut negara,” kata pula Dr. Harald Landen, Ketua Pengawasan Global Pasca Pemasaran, Hal Ehwal Global, Bayer Schering Pharma, Jerman ketika ditemu bual pemberita Malaysia.
Kajian ini penting kerana tinjauan mendapati berbanding jumlah perokok di negara maju yang menurun 1.1 peratus setahun, jumlah perokok di negara membangun yang kebanyakannya melibatkan negara di Asia Pasifik bertambah 2.1 peratus pada setiap tahun.
Dalam pada itu, Anzueto, berkata, berbanding di negara lain di Asia Pasifik, mangsa COPD bukan sahaja berpunca daripada tabiat merokok tetapi juga asap biomass (memasak menggunakan dapur tradisional), debu dan gas pencemaran.
“Sebagai contoh, kami mendapati prevalen pesakit COPD wanita di China lebih tinggi di kawasan pedalaman berbanding kawasan urban. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan wanita pedalaman dengan dapur tradisional yang berhabuk, asap dan abu,” kata Anzueto.
Namun, Penyelidik Kanan Jabatan Pneumologi, Institut Clinic del Torax, Hospital Clinic, Barcelona, Sepanyol, Dr. Marc Miravitlles memberitahu, kebanyakan pesakit AECB mengakui, serangan nafas yang tersekat, batuk yang parah dan berkahak meninggalkan kesan mendalam dalam gaya hidup mereka.
“Ada pesakit yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sehingga lebih empat kali setahun dan terjaga semasa tidur lebih daripada 10 kali dalam satu malam. Kesemua masalah itu telah menjejaskan kerjaya mereka,” kata Anzuento.
Lantaran itu, salah satu antibiotik yang disyorkan dalam kajian ini iaitu moxifloxacin HCI.
Dalam kajian ini, moxifloxacin diakui kebanyakan pesakit telah banyak membantu mengurangkan serangan penyakit itu.

“Dalam penelitian kami, pesakit menyatakan dengan pengubatan antibiotik moxifloxacin HCI, hanya dalam masa lima hari ia membantu menyekat penyebaran virus sekali gus membunuhnya,” jelas Miravitlles.
Selain pesakit, doktor turut menyatakan yang moxifloxacin HCI adalah terapi antibiotik yang lebih baik berbanding terapi yang pernah mereka gunakan sebelum ini.
“Mereka menyenaraikan kesan moxifloxacin HCI sebagai sangat bagus,” katanya.

SERANGAN nafas yang tersekat batuk dan berkahak meninggalkan kesan mendalam pada gaya hidup pesakit AECB.
KATAKANLAH apa sahaja. Nyatakan juga apa keburukan akibat tabiat itu, daripada kerosakan gigi, nafas berbau, kanser paru-paru sehinggalah ambang maut, golongan ini pasti memberi seribu satu jawapan balas. Semuanya adalah untuk menghalalkan tabiat mereka yang menjadi hamba kepada sebatang tar dan nikotin paling popular di dunia, tidak lain dan tidak bukan rokok.
Namun, adakah hanya kerana pelbagai jawapan daripada golongan ini, ia akan menjadi alasan kepada dunia untuk terus menyeru mereka menjauhi rokok? Jawapannya tentunyalah tidak.
Pelbagai kempen kesedaran digerakkan untuk memberitahu kepada dunia tentang pelbagai penyakit bawaan rokok. Salah satu penyakit yang pasti dihidapi oleh kebanyakan perokok adalah penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
Mungkin COPD kedengaran janggal tetapi apakah simptom-simptom ini akan membuatkan anda terasa ia seperti terlalu dekat dengan diri anda (pernah menghidapnya). Antara simptom utama COPD termasuklah sesak nafas, batuk, kahak dan nafas terasa pendek.
Bagaimanapun, COPD sering disalahtafsirkan oleh kebanyakan orang sebagai asma. Untuk memudahkan, jika anda perokok tidak perlulah menafikan yang kononnya simptom itu adalah asma.
Ini kerana seperti yang ditekankan oleh Profesor Antonio Anzueto dari Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 85 hingga 90 peratus perokok akan berakhir dengan menjadi penderita COPD.
Jelas beliau, secara umumnya terdapat dua jenis penyakit yang berada di bawah COPD iaitu bronkitis kronik dan acute exacerbations of chronic bronchitis (AECB). AECB ialah serangan singkat tetapi teruk seperti batuk yang parah, tidak dapat bernafas dan penghasilan ludah serta air liur yang berlebihan.
Menyedari situasi jumlah perokok di Asia Pasifik yang semakin bertambah, Anzueto, berkata, satu kajian terbesar di dunia tentang penyakit AECB yang dikenali sebagai Greatest International Antibiotic Trial (Giant) telah dilakukan sejak awal tahun 2004.
“Kajian yang dilakukan di 46 negara di dunia termasuk Asia Pasifik juga ingin melihat manfaat jangka panjang rawatan antibiotik ke atas pesakit AECB. Kutipan data yang mengumpulkan 47,000 pesakit pada September tahun lalu menjadikan Giant, kajian antibiotik terbesar pernah dilakukan,” katanya ketika membentangkan hasil Giant di Singapura baru-baru ini dibawakan oleh syarikat farmaseutikal Bayer Schering Pharma.
Antara yang terlibat termasuklah Bahamas, Brazil, Jamaica, Panama, Peru dan Venezuela mewakili Amerika Latin, Austria, Croatia, Jerman, Poland dan Hungary (Eropah), Bahrain, Jordan, Lebanon, Qatar, Turki dan Oman (Asia Barat), China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan (Asia Pasifik),
“Walaupun kajian ini menuntut halangan yang besar kerana melibatkan doktor perubatan di banyak negara serta pelbagai peraturan perubatan tempatan, tetapi kita tetap mahu menjalankannya untuk melihat perbezaan AECB di setiap negara dan benua.
“Selain itu juga, kita ingin melihat tahap keberkesanan antibiotik, adakah ia juga berbeza mengikut negara,” kata pula Dr. Harald Landen, Ketua Pengawasan Global Pasca Pemasaran, Hal Ehwal Global, Bayer Schering Pharma, Jerman ketika ditemu bual pemberita Malaysia.
Kajian ini penting kerana tinjauan mendapati berbanding jumlah perokok di negara maju yang menurun 1.1 peratus setahun, jumlah perokok di negara membangun yang kebanyakannya melibatkan negara di Asia Pasifik bertambah 2.1 peratus pada setiap tahun.
Dalam pada itu, Anzueto, berkata, berbanding di negara lain di Asia Pasifik, mangsa COPD bukan sahaja berpunca daripada tabiat merokok tetapi juga asap biomass (memasak menggunakan dapur tradisional), debu dan gas pencemaran.
“Sebagai contoh, kami mendapati prevalen pesakit COPD wanita di China lebih tinggi di kawasan pedalaman berbanding kawasan urban. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan wanita pedalaman dengan dapur tradisional yang berhabuk, asap dan abu,” kata Anzueto.
Namun, Penyelidik Kanan Jabatan Pneumologi, Institut Clinic del Torax, Hospital Clinic, Barcelona, Sepanyol, Dr. Marc Miravitlles memberitahu, kebanyakan pesakit AECB mengakui, serangan nafas yang tersekat, batuk yang parah dan berkahak meninggalkan kesan mendalam dalam gaya hidup mereka.
“Ada pesakit yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sehingga lebih empat kali setahun dan terjaga semasa tidur lebih daripada 10 kali dalam satu malam. Kesemua masalah itu telah menjejaskan kerjaya mereka,” kata Anzuento.
Lantaran itu, salah satu antibiotik yang disyorkan dalam kajian ini iaitu moxifloxacin HCI.
Dalam kajian ini, moxifloxacin diakui kebanyakan pesakit telah banyak membantu mengurangkan serangan penyakit itu.
ROKOK adalah penyebab 85 hingga 90 peratus COPD yang boleh membawa maut.
“Dalam penelitian kami, pesakit menyatakan dengan pengubatan antibiotik moxifloxacin HCI, hanya dalam masa lima hari ia membantu menyekat penyebaran virus sekali gus membunuhnya,” jelas Miravitlles.
Selain pesakit, doktor turut menyatakan yang moxifloxacin HCI adalah terapi antibiotik yang lebih baik berbanding terapi yang pernah mereka gunakan sebelum ini.
“Mereka menyenaraikan kesan moxifloxacin HCI sebagai sangat bagus,” katanya.
No comments:
Post a Comment