Rawatan bagi kurangkan simptom, elak komplikasi kepada pesakit vena verikos
ADA dua saluran pergerakan darah dalam tubuh manusia. Pertama, melalui arteri atau saluran nadi yang mengalirkan darah daripada jantung ke seluruh badan. Kedua, melalui vena atau pembuluh darah yang membawa darah daripada seluruh badan ke jantung.
Perjalanan darah dalam arteri adalah kuat dan deras berdasarkan kekuatan degupan jantung. Pengaliran darah dalam vena lebih lemah berdasarkan pergerakan otot anggota badan dan otot kecil dalam dinding vena.
Apabila seseorang itu berdiri, darah akan banyak berkumpul pada kaki akibat kesan tarikan bumi dan tekanan aliran darah rendah. Untuk melancarkan perjalanan darah di dalam vena serta mengelak daripada darah berkumpul pada kaki, pergerakan otot anggota badan dan otot kecil mengepam darah ke jantung dan injap di dalam vena yang menghalang darah kembali ke kaki.
Sistem pengaliran darah vena pada kaki dibahagi kepada dua, iaitu vena luaran (saphenous vein) yang mengalir di bawah permukaan kulit dan vena dalaman (deep vein) yang mengalir berhampiran tulang dan otot.
Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Dr Jamaludin Yusak, berkata varikos adalah perkataan Latin yang bermakna 'berpintal', yang memberi gambaran bahawa vena yang berpintal dan gelembung. Varikosa boleh berlaku pada beberapa bahagian badan dan jika berlaku pada saluran makanan ia dipanggil 'oesophageal varices' manakala 'varicocele' jika berlaku dalam zakar dan jika berlaku pada dubur pula dipanggil buasir. Vena varikos adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku pada kaki.
Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena dan melemahkan dinding vena hingga menghasilkan vena yang gelembung dan berpintal.
Biasanya, vena varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) sama ada di sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ia kelihatan seperti gerombolan urat yang membonjol pada paha dan kaki atau pangkal paha hingga ke buku lali. Ada juga vena varikos berlaku pada vena kecil di bawah kulit dan ia menyerupai kaki labah-labah berwarna merah atau biru. Ini dipanggil 'telangectasis'.
Punca dan risiko berikut boleh menyebabkan peningkatan tekanan dalam vena:
Kebanyakan daripada pengidap vena varikos tidak berasa sebarang masalah walaupun pada kaki mereka ada vena varikos. Malah, sebahagian mereka yang mengidap vena varokos mempunyai simpton berikut:
1. Bengkak kaki
2. Kaki terasa berat, tidak selesa, berdenyut dan hangat.
3. Kerap terkena kejang otot.
4. Rasa gatal di sekitar vena yang terbabit.
5. Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
6. Kudis pada buku lali yang sukar baik.
Penyakit vena varikos biasanya tidak banyak mendatangkan mudarat sekiranya ia diberikan rawatan yang sepatutnya. Apabila diabaikan, tekanan darah dalam vena akan bertambah tinggi sehingga menyebabkan darah mendak di kaki dan aliran darah lembap. Keadaan ini akan menyebabkan kaki bengkak dan pesakit susah untuk berjalan.
Darah yang mendak ini mengandungi aras karbon dioksida dan racun produk yang tinggi daripada metabilisma tisu dan aras oksigen yang rendah. Untuk jangka pendek ia menyebabkan pesakit kerap berasa kekejangan otot dan gatal pada kulit.
Oleh kerana aliran darah yang amat perlahan pada bahagian kaki, banyak sel darah yang akan pecah menyebabkan zat besi (ferrum) meresap ke dalam tisu mengakibatkan warna kulit bertukar lebih gelap atau kehitaman. Apabila resapan ini bertambah teruk, darah tidak dapat mengalir ke bahagian kulit menyebabkan terjadinya kudis atau ulser yang kronik. Ulser ini tidak mudah disembuhkan, jika masalah vena varikos tidak diatasi lebih dahulu.
Sekiranya ulser ini diabaikan, ada kemungkinan ia bertukar menjadi 'squamous cell carcinoma', iaitu sejenis kanser kulit.
Prosedur mengesan vena varikos
Buat permulaan, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal pada pesakit dalam keadaan berdiri. Walaupun tidak sukar untuk mengenalpasti penyakit ini, doktor perlu membuat beberapa lagi ujian fizikal untuk memastikan kedudukan injap yang rosak.
a) Pemeriksaan doppler. Ujian ini membolehkan pakar bedah mendengar aliran darah dalam vena kaki. Ia juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada injap dan boleh memastikan sistem vena dalaman berfungsi dengan baik sekiranya pembedahan hendak dilakukan pada vena luaran.
b) Venografi. Kaedah ini menggunakan imbasan x-ray selepas vena kaki dimasukkan cecair kontras. Kaedah ini jarang digunakan sekarang kerana ia boleh menimbulkan komplikasi seperti darah beku.
Rawatan
Tidak semua pesakit vena varikos memerlukan rawatan agresif seperti pembedahan, terutama jika ia vena varikos yang kecil. Tujuan rawatan untuk mengurangkan simptom dan juga mengelakkan komplikasi.
Rawatan permulaan selalunya berbentuk konservatif dan ia memerlukan kerjasama pesakit untuk menjayakan rawatan agar vena varikos yang kecil tidak bertambah teruk dan berkomplikasi.
No comments:
Post a Comment