Diabetes merupakan antara masalah kesihatan utama yang menjejaskan kesihatan seksual lelaki. Semakin lama seseorang itu menghidap diabetes, maka semakin tinggi risiko untuk mendapat disfungsi erektil.
Ada kajian menjangkakan mereka yang menghidap diabetes yang tidak terkawal berisiko mengalami disfungsi erektil sehingga 10 tahun lebih awal berbanding dengan mereka yang normal.
Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa. Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung untuk mengalami kerosakan saraf.
Kerosakan saraf ini akan turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan termasuk alat kelamin lelaki yang akan menjejaskan keupayaan ereksi yang baik.
Tambahan pula ubat-ubatan yang diambil turut menyumbang kepada masalah ini.
Terdapat juga kajian yang merumuskan wanita yang menghidap diabetes berhadapan dengan risiko yang lebih besar berbanding lelaki.
Bagi mereka yang sedang mengalami kemerosotan kesihatan seksual seperti keinginan seks yang menurun atau masalah ereksi, pengambilan ginseng boleh membantu meningkatkan aliran darah sekali gus menggalakkan ereksi.
Ia juga berperanan untuk meningkatkan tenaga batin. Gingko pula mengendurkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah ke bahagian alat kelamin.
Herba-herba lain yang didapati membantu menggalakkan keinginan seksual dan prestasi seksual termasuklah Muira puama, Puncture vine, Withania dan Damiana.
Herba dan kajian klinikal
SOALAN:
Saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun yang lalu. Kini suami saya berumur 55 tahun dan saya pula 45 tahun. Secara umumnya kami tidak mempunyai masalah dari segi hubungan intim.
Walau bagaimanapun, dia begitu percaya kepada herba tradisional yang dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin. Pada pendapat saya, segalanya ada kaitan dengan cara kita berfikir.
Namun, dia mempercayai herba itu boleh membantu. Soalan saya, adakah herba tersebut benar-benar bermanfaat dalam mengekalkan kesihatan seksual?
Jawapan:
Hubungan intim suami isteri bukan hanya bergantung kepada kesihatan fizikal, malah ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Hubungan intimasi memerlukan penumpuan atau kerjasama fizikal dan emosi. Contohnya seseorang itu akan menjadi dingin dalam seks apabila dia stres.
Begitu juga dengan lain-lain masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan emosi yang turut mengakibatkan kelemahan dalam keinginan seks serta menyukarkan ereksi di kalangan lelaki.
Kadangkala, keberkesanan suplemen atau ubat yang diambil lebih dipengaruhi oleh pemikiran berbanding tindak balas fisiologi/tubuh.
Memandangkan herba telah mendapat tempat dalam perubatan tradisional khususnya untuk kesihatan seksual sejak berabad lamanya, kini ia turut mendapat perhatian para penyelidik untuk mengkaji keberkesanan herba-herba terpilih secara klinikal.
Contoh herba-herba yang didapati berkesan untuk meningkatkan fungsi seksual termasuklah Horny goat weed, ginseng, ginkgo, Puncture vine, Muira puama, Withania dan Damiana.
Setiap jenis herba ini memiliki mekanisme atau fungsi yang unik dalam meningkatkan kesihatan seksual.
Horny goat weed merupakan sejenis herba tradisional dari China yang telah digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk sejak dua ribu tahun dahulu.
Kajian klinikal telah membuktikan bahawa Horny goat weed yang diambil sebanyak 800mg sehari memberi kesan positif pada kesihatan seksual dan sistem pertahanan badan pesakit.
Bagi kaum lelaki, Horny goat weed memberi kesan yang menyerupai testosteron (hormon seks lelaki), meningkatkan keinginan terhadap aktiviti seks dengan meningkatkan penghasilan sperma dan merangsang kepekaan sistem saraf.
Bagi kaum wanita pula, ia membantu melegakan simptom menopaus seperti kemurungan serta kurang minat terhadap seks.
Sekiranya seseorang memilih formulasi herba untuk mengekalkan kesihatan seksual, pastikan dos pengambilan dan keberkesanannya telah terbukti secara klinikal. Pada masa yang sama, ia seharusnya diambil mengikut saranan yang ditetapkan.
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment