Tuesday, December 11, 2007

37. Hirudoid menyamar parut, luka kecil

KULIT merupakan organ badan terbesar, seperti sehelai kain yang menyelubungi aset-aset berharga di dalam tubuh manusia.

Sebarang kesan luka, kecederaan, pembedahan dan lain-lain trauma boleh menyebabkan pembentukan tisu-tisu parut yang hodoh sehingga boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang.

Bayangkan sehelai sutera halus. Hanya carikan kecil boleh mengubah segala keindahannya.

Dan sebagai manusia, kita selalunya berdepan dengan insiden-insiden yang boleh mencacatcelakan kulit kita tidak kira kecil atau besar.

Parut yang ditinggalkan tidak terlalu teruk jika ia bertenggek di tempat-tempat yang masih boleh dilindungi.

Tetapi selalunya, kebanyakan orang akan melakukan pelbagai cara bagi merawat parut berbanding menyembunyikannya begitu sahaja di bawah pakaian yang labuh.

Ini kebenarannya. Parut tidak akan hilang sepenuhnya tetapi ada beberapa pendekatan yang boleh membantu mengurangkan saiz dan kelibatnya.

Bagaimana parut terjadi?

Pembentukan parut merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi tubuh selepas kecederaan. Ia terhasil daripada proses biologi pembaikan luka kulit dan lain-lain tisu.

Rata-rata luka, kecuali yang terlalu kecil akan mencetuskan beberapa darjah parut sama ada ia berpunca daripada kemalangan, penyakit, keadaan kulit seperti akne (jerawat) atau pembedahan.

Pelbagai faktor mempengaruhi bagaimana kulit seseorang mendapat parut. Sudah tentu kedalaman dan saiz luka atau kelar serta lokasi kecederaan akan memberikan kesan terhadap ciri-ciri parut.

Bagaimanapun, usia, keturunan, jantina dan etnik, semuanya turut memberikan impak terhadap bagaimana kulit anda bertindak balas.

Jenis-jenis parut

* Keloid: Tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering kali membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal.

Ia sering kali terbentuk apabila kecederaan penyembuhan atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.

* Kontraktur: Jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serta saraf.

* Parut hipertrofik: Paru merah dan menggelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.

* Parut jerawat: Jika anda ditumbuhi jerawat yang teruk, anda juga mungkin mempunyai parut. Terdapat pelbagai jenis parut jerawat dari lubang yang dalam ke parut yang mempunyai sudut atau berbentuk tajam seperti ombak.

Rawatan

* Krim, salap atau gel: Produk-produk sebegini boleh digunakan untuk merawat parut-parut yang disebabkan oleh pembedahan atau lain-lain kecederaan dan luka.

* Pembuangan parut melalui surgeri: Terdapat pelbagai pilihan yang ada untuk merawat luka atau parut yang dalam, bergantung kepada kes anda yang khusus seperti graf (penggantian) kulit, pemotongan, dermabrasion atau pembedahan laser.

Graf kulit yang melibatkan pengambilan kulit daripada bahagian tertentu tubuh untuk digantikan ke bahagian tubuh lain biasanya dilakukan untuk mangsa terbakar.

* Suntikan: Di dalam kes parut yang timbul seperti keloid atau hipertrofik, doktor anda mungkin akan menggunakan suntikan steroid sama ada secara tunggal atau digabungkan dengan lain-lain rawatan.

Lain-lain suntikan seperti kolagen dan fillers, mungkin berguna untuk sesetengah jenis parut yang berlubang tetapi hasilnya tidaklah berkekalan.

Bercakap mengenai rawatan parut, Ketua Jualan dan Pemasaran – Kesihatan Pelanggan, Diethelm Malaysia Sdn. Bhd., Steven Chin berkata, kecenderungan kulit untuk sembuh bergantung kepada kehadiran bahan aktif MPS di dalam tisu.

‘‘MPS merujuk kepada mukopolisakarida polisulfat yang strukturnya berkait rapat dengan juzuk tisu penghubung bagi kulit kita iaitu asid mukopolisakarida.

‘‘Ia bertanggungjawab ke atas kelikatan, kebolehtelapan (menembusi liang-liang kulit) dan keupayaan tisu kulit untuk mengikat air,’’ katanya.

Menurutnya, MPS yang terdapat di dalam krim Hirudoid edaran Diethelm menyerupai mukopolisakarida yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan.

Hirudoid adalah jenama terkemuka yang dijual di seluruh dunia dengan jualan melebihi 20 juta tiub setahun. Ia adalah efektif, khususnya dalam memperbaiki kesan parut. Ia didatangkan di dalam tiub 20 dan 40 gram dan boleh didapati di farmasi-farmasi seluruh negara.

Mengulas lanjut, Steven berkata, keberkesanan sebarang jenis krim bergantung kepada penyerapannya: ‘‘Kajian menunjukkan bahawa MPS di dalam Hirudoid menembusi kulit terus ke lapisan dermal untuk konsentrasi yang lebih berkesan.

‘‘Kerana itulah para doktor dan ahli farmasi di luar negara telah menyarankan Hirudoid sebagai agen penyembuhan selama berdekad-dekad lamanya.’’

MPS mempercepatkan proses penyembuhan dengan cara:

* Memperbaiki aliran darah ke kawasan berkenaan

* Menggalakkan penjanaan semula tisu yang tercedera dengan cara meningkatkan kolagen dan serat anjal di dalam juzuk tisu penghubung kulit

* Meningkatkan kapasiti kelembapan kulit dengan cara meningkatkan kandungan asid hialuronik

* Mempercepatkan penyerapan lebam

* Mengurangkan bengkak dan keradangan

Steven berkata, pengaruh penggiatan Hirudoid mempunyai kesan yang baik ke atas kemunculan parut.

‘‘MPS di dalam Hirudoid berupaya menarik, mengikat air dan oleh kerana itu melonggarkan tisu-tisu penghubung, sekali gus mencegah pengumpulan serat-serat padat yang menyebabkan pembentukan parut tebal.

‘‘Beberapa kajian mendapati bahawa Hirudoid melembutkan parut, meningkatkan keanjalan tisu parut, mengurangkan kemerahan dan hasilnya, kesan kosmetik yang lebih baik,’’ ujar beliau.

Para pengamal perubatan turut menyarankan penggunaannya dalam kes-kes keradangan vena iaitu pembuluh darah yang membawa darah ke jantung.

‘‘Kebanyakan wanita menderita masalah tromboflebitis superfisial vena. Wanita mengandung terutamanya cenderung mengalaminya disebabkan oleh pengaruh hormon dan kesan tekanan di antara abdomen.

‘‘Gejala-gejalanya termasuklah keletihan, sakit kaki dengan kesan bengkakan dan keradangan vena,’’ katanya.

Sementara itu, umum mengetahui bahawa lebih ramai wanita mudah mengalami lebam berbanding lelaki.

Hirudoid terbukti mampu mengurangkan masa penyembuhan lebam sehingga 50 peratus dan juga berkesan untuk merawat bengkak.

Kesakitan akibat tergeliat atau tersalah urat serta lain-lain kecederaan minor merupakan satu masalah biasa dan kerap pula menyebabkan ketidakhadiran di tempat kerja.

‘‘Hirudoid meningkatkan aliran darah dengan cara mengembangkan pembuluh-pembuluh darah periferal sekali gus mempercepatkan penyerapan cecair daripada tisu-tisu,’’ kata Steven.

Hirudoid dan parut

Hirudoid boleh digunakan pada parut seperti jerawat, kecederaan akibat kemalangan, bersukan, jatuh, luka, melepuh akibat minyak panas, pembedahan dan lain-lain.

Ia telah terbukti melalui ujian klinikal untuk memperbaiki keadaan parut dengan cara:

* Memperbaiki aliran darah

* Menggalakkan penjanaan semula tisu yang cedera

* Menambahkan kelembapan dan keanjalan kulit

* Melembut dan melicinkan tisu parut yang keras

* Memperbaiki warna (mengurangkan kemerahan) parut

Steven menjelaskan: ‘‘Hirudoid boleh digunakan sebaik sahaja luka telah tertutup semula. Urut bahagian berkenaan dua hingga tiga kali sehari.

‘‘Bagaimanapun, Hirudoid tidak sesuai digunakan untuk parut yang sudah menjangkau usia lebih dua tahun kerana tahap pembentukan semula atau epitelisasi penyembuhan luka telah selesai.’’.

Hirudoid dan selaran matahari

Hirudoid boleh membantu mengurangkan kesan kulit kering akibat selaran matahari kerana ia mempunyai keupayaan mengikat air.

Ia mempertingkatkan keupayaan kelembapan dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu. Selain itu, ciri-ciri antikeradangan melegakan kulit yang kering dan kerengsaan.

Hirudoid dan kecacatan kulit

Sesetengah orang mudah mendapat lebam kerana kapilari (pembuluh darah yang sangat kecil) mereka mudah pecah, mengalami kemalangan kecil di tempat kerja atau di rumah, bersukan, pesakit diabetes, kanak-kanak yang aktif atau akibat pembedahan.

Aksi ganda tiga Hirudoid iaitu antikougulan (antibeku), antikeradangan dan antitrombotik mempercepatkan penyembuhan daripada terhantuk atau terjatuh, bengkak, gangguan vena seperti vena labah-labah, tromboflebitis superfisial dan komplikasi vena varikos seperti sakit, bengkak, keradangan dan rasa tidak selesa.

No comments: