DENGAN segala macam iklan mengenai kedai makanan segera dan minuman ringan di pasaran, remaja diumpan supaya memakan makanan tidak sihat pada setiap hari.
Terlalu banyak lemak tepu, terlampau sedikit serat, begitu banyak kalori kosong yang mana, kesan-kesan negatifnya memang banyak.
Tidak seperti masa dahulu di mana anak-anak membawa bekas bekalan berisi sandwic ke sekolah, hari ini ia bukan lagi kebiasaan. Ia dianggap sudah ketinggalan zaman.
Ibu bapa bekerja mempunyai wang, oleh itu daripada memastikan anak-anak remaja mendapat sajian yang dibawa dari rumah, kebanyakan mereka cenderung untuk memberi wang saku yang banyak supaya anak-anak remaja mencari makanan mereka sendiri.
Akibatnya, remaja mempunyai tabiat makan yang teruk dan mereka sama ada kekurangan zat ataupun obes.
Hidup sebagai remaja boleh menjadi sukar, dan kadang-kadang remaja yang sihat cuba menguruskan badan walaupun mereka tidak perlu berbuat demikian.
Jika anda mempunyai anak remaja perempuan, mungkin dia dipengaruhi untuk tampil seperti peragawati yang kurus kering dalam majalah.
Oleh itu, dia sengaja tidak mahu makan atau secara rahsia mengambil pil pelangsing dengan harapan dia juga boleh kelihatan sensasi.
Ini membawa kepada gangguan makan seperti anorexia nervosa atau bulimia nervosa.
Atau yang lebih ekstrem, remaja lelaki memakan burger, roti canai dan makanan kaya karbohidrat lain, yang membawa kepada pertambahan berat badan dan akhirnya obesiti.
Zaman remaja adalah masa yang penting dalam kehidupan. Dalam tempoh ini, pembentukan tulang sedang berlangsung dan jika remaja itu kekurangan zat atau tidak makan secukupnya, ia boleh menjejaskan tumbesaran fizikal dan mental.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda boleh mengambil langkah untuk memperbaiki diet anak remaja anda dengan menggalakkan tabiat makan yang bijak dan mengisi peti sejuk anda dengan snek yang menyihatkan.
Penuhkannya dengan kacang, buah-buahan segar dan yogurt supaya bila terasa hendak makan snek, mereka (dan anda) akan terpaksa mengunyah alternatif yang menyihatkan.
Diet yang sihat lagi berkhasiat berasaskan makanan protein tiada lemak, sayur-sayuran, buah-buahan, bijian penuh dan kekacang akan meningkatkan tenaga, kekuatan, daya hidup, dan membantu tubuh remaja menahan penyakit serta merangsang paras imun.
Ketika memasak untuk anak-anak anda, hadkan penggunaan makanan tersedia yang datang dalam kotak, tin atau paket dingin beku.
Makan malam yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau yang siap tersedia untuk dimakan di hadapan televisyen memang senang dan menjimatkan masa tetapi boleh menyebabkan kerosakan dalam jangka masa panjang.
Makanan bungkus dari gerai mamak, yang menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, bukannya bagus.
Makanan begini mungkin mengisi perut anda tetapi hanya mempunyai sedikit atau tiada nilai khasiat. Memberi perhatian ke atas diet mungkin adalah langkah paling penting untuk kesihatan anak anda.
Empat blok pembinaan asas dalam diet ialah air, karbohidrat kompleks, protein dan lemak. Keseimbangan yang betul dalam asas yang penting ini memang diperlukan untuk kesihatan optimum.
Kerana remaja hari ini kekurangan khasiat dalam diet mereka, pengambilan suplemen dietari telah menjadi satu kemestian, bukan lagi pilihan.
Suplemen dietari terdiri daripada vitamin, mineral, serat, asid amino, herba, atau hormon. Mulakan anak remaja anda dengan serbuk protein, multivitamin, kalsium dan, vitamin A, C dan E.
Remaja juga tidak bersenam, ini disebabkan oleh permainan video dan kegiatan dalam talian. Asyik duduk sahaja sambil mengunyah makanan jajan boleh menggemukkan dan menyebabkan keadaan otot yang teruk.
Senaman ringkas seperti berjalan membantu remaja berfikir dan menumpukan perhatian dengan lebih baik, yang mana dapat dilihat daripada prestasi mereka ketika di sekolah.
Sebarang jenis aktiviti fizikal boleh membuatkan seseorang rasa kurang bosan atau murung dan dapat mengawal ketegangan dengan lebih baik.
Tekanan rakan sebaya dan desakan untuk mempamerkan prestasi yang baik di sekolah juga menyebabkan remaja merokok.
Disebabkan ini adalah tempoh yang sensitif dalam kehidupan seseorang anak, adalah penting bagi ibu bapa supaya meluangkan masa dengan anak-anak remaja dan memberi mereka bimbingan sambil membenarkan mereka bercakap dan membesar.
Di sini ada beberapa petua untuk kehidupan sihat yang remaja boleh ikuti untuk mencapai kesihatan optimal yang dipetik dari www.co-operative.co.uk:
* Makan dengan baik, rasa jadi baik. Tubuh anda memerlukan makanan dan minuman untuk tenaga, tumbesaran dan pembaikan, oleh itu makan banyak makanan yang berlainan supaya kekal sihat.
* Jaga gigi anda. Tiada sesiapa pun yang inginkan gigi palsu, oleh itu, berus gigi anda dengan kerap dan kunjungi doktor gigi untuk pemeriksaan. Cuba jangan makan di antara waktu sajian dan elakkan minuman bergula.
* Bina tulang yang sihat. Ketika anda masih muda, anda berpeluang membina tulang rangka yang kuat untuk seumur hidup. Untuk melakukan perkara ini anda memerlukan kalsium, vitamin D dan senaman yang kerap. Cahaya matahari adalah sumber vitamin D yang penting, oleh itu keluarlah dan bersenam.
* Sentiasa makan sarapan. Sarapan adalah sajian paling penting dalam sesuatu hari. Ia membantu anda menumpukan perhatian ketika di sekolah dan anda tidak teringinkan makanan jajan pada waktu rehat.
* Bawa bekalan menyihatkan untuk waktu rehat atau makan tengah hari. Sandwic tuna, telur atau keju adalah pilihan menyihatkan yang sangat baik. Tambahkan sebiji buah atau yogurt.
* Pilih snek yang menyihatkan. Jika anda inginkan snek, makanlah semangkuk bijirin, roti bakar atau buah.
* Cuba bersenam. Kebanyakan daripada kita menghabiskan banyak masa di hadapan televisyen atau bermain permainan komputer. Untuk membantu anda menjadi cergas dan kelihatan bagus, keluarlah dan bermain, sertai kelab sukan, pergi berbasikal atau berenang.
* Dr. Ali Azman Minhaj ialah pakar perunding pediatrik.
Nutrilite adalah jenama suplemen makanan kesihatan oleh Amway yang menyokong konsep kesihatan optimal iaitu menjadi sihat dan cergas seberapa yang boleh menerusi keseimbangan pemakanan, kerehatan, senaman jasmani dan sikap mental yang positif.
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment