SEPANJANG Februari ini, Biolife – jenama penjagaan kesihatan secara alami yang berasaskan kajian saintifik, dengan kerjasama Kesihatan akan menyiarkan sebanyak empat siri artikel mengenai kesihatan seksual, secara berturut-turut.
Ini akan disusuli dengan empat minggu sesi interaktif soal jawab bersama para pembaca pada Mac nanti, khusus bagi membincangkan tentang apa jua masalah kesihatan seksual yang anda hadapi.
– PENGARANG
MASALAH lemah syahwat atau disfungsi erektil (mati pucuk) sering dianggap sebahagian daripada proses penuaan.
Namun, ketahuilah bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya turut terjadi kepada golongan muda. Fahamilah permasalahan ini sebelum ia menjadi sebahagian dari masalah hidup anda.
Disfungsi erektil merujuk kepada ketidakupayaan untuk mendapat atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan kelamin.
Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan lain-
lain masalah yang berkaitan, yang mengganggu hubungan intim dan sistem reproduktif, termasuk kurangnya keinginan seks dan masalah ejakulasi.
Bagi kebanyakan kes, gangguan disfungsi erektil sering kali terjadi akibat masalah kesihatan seperti diabetes, masalah buah pinggang, masalah vaskular, saraf, komplikasi pembedahan terutamanya pembedahan prostat dan kesan pengambilan sesetengah ubat.
Menurut Massachusetts Male Aging Study, disfungsi erektil tetap atau kronik bertambah dari lima peratus di kalangan lelaki berusia 40 tahun kepada 15 peratus di kalangan mereka yang berusia 70 tahun ke atas.
Di kalangan golongan muda atau pertengahan usia, kemerosotan kesihatan seksual yang berlaku lebih berkait rapat dengan faktor pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat dan faktor psikologi.
Merokok menggalakkan kejadian aterosklerosis iaitu penyakit pada arteri apabila plak-plak lemak berkembang pada dinding dalam menyebabkan penyekatan aliran darah dan dengan itu, akan meningkatkan risiko disfungsi erektil.
Para pengkaji turut menyatakan bahawa merokok sebanyak satu kotak atau lebih setiap hari mempunyai risiko sehingga 40 peratus untuk mendapat masalah lemah syahwat berbanding dengan bukan perokok.
Manakala, pengambilan alkohol berlebihan juga turut menjejaskan kesihatan saraf dan seterusnya mengehadkan pengaliran ke bahagian zakar yang boleh menyumbang kepada masalah ereksi.
Faktor psikologi seperti stres, kemurungan, keyakinan diri yang rendah dan kerisauan mengenai prestasi seksual boleh menyumbang antara 10 hingga 20 peratus kepada masalah disfungsi erektil terutamanya di kalangan golongan muda.
Masalah psikologi boleh menjadi penyebab sama ada sebagai faktor yang memulakan atau sebagai kesan daripada disfungsi erektil.
Apabila seseorang itu tidak yakin dengan keupayaannya, tingkah laku dan minatnya juga akan semakin berkurangan dan semakin malap, sekali gus menjejaskan keupayaannya dan mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seksual.
Sekiranya anda mendapati stres menjadi antara faktor utama yang menjejaskan kesihatan, beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu anda.
1. Kenali faktor yang membuat anda stres. Sekiranya stres berpunca daripada terlalu banyak kerja, dahulukan mengikut keutamaan atau berbincanglah dengan bos anda untuk penyelesaian terbaik seperti kelonggaran masa dan sebagainya.
2. Luaskan perhubungan sosial anda. Sekiranya anda dalam keadaan stres, elakkan daripada bersendirian. Carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan atau bertanyakan pendapat.
3. Hargai diri sendiri. Terima keadaan diri anda seadanya. Jangan memaksa diri sendiri untuk menjadi orang lain. Kekalkan kelebihan sedia ada dan cuba perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
4. Ubah cara pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sebaliknya, tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat, buah- buahan dan sayur-sayuran segar.
5. Sekali sekala manjakan diri anda dengan membuat urutan badan di spa atau pergilah bercuti ke tempat-tempat menarik untuk menenangkan fikiran.
6. Selalulah berfikiran positif dan pilihlah kawan yang juga berfikiran positif kerana mereka mampu mendorong, bukannya melemahkan anda.
7. Rehat secukupnya.
8. Pelajari teknik-teknik melegakan stres. Setiap orang mungkin memerlukan teknik yang berlainan. Libatkan diri dengan aktiviti yang digemari seperti berkebun, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
Mereka yang tidak aktif atau gemar mengamalkan gaya hidup sedentari lebih berisiko untuk mengalami disfungsi erektil. Senaman bermanfaat kepada sistem kardiovaskular, mengawal kandungan gula dalam darah dan juga merendahkan risiko disfungsi erektil.
Amalan senaman penting bukan sahaja bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes, tetapi juga membantu meningkatkan pengaliran darah, berperanan dalam meringankan stres dan membantu kecerdasan minda.
Amalan senaman selama 30 hingga 45 minit, lima kali seminggu tentunya memberi manfaat untuk anda. Beberapa herba tradisional yang dikenal pasti boleh membantu mengekalkan kesihatan seksual termasuklah Gingko, Horny Goat Weed, Ginseng, Withania, Puncture Vine, Damiana dan Muira Puama.
Gabungan herba-herba ini membantu meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan kecergasan, meningkatkan keinginan seks serta prestasi seksual anda secara keseluruhannya.
- Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE di talian 03-77287407 (Isnin – Jumaat; 9 pagi hingga 6 petang) atau emel kami di alamat: health@biolife.com.my
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment