Soalan:
SAYA kerap mengalami masalah membuang air kecil. Ada kalanya ia berasa pedih dan sangat sakit. Selain itu, saya selalu berasa sakit pada pinggang. Adakah masalah kekerapan membuang air kecil mempunyai kaitan dengan sakit pinggang? Apakah masalah sebenar yang saya hadapi?
Jawapan:
SAUDARA, daripada penerangan simptom yang diceritakan, saya berpendapat saudara mungkin mengalami masalah batu karang. Tanda-tanda awal adalah sakit pinggang, kerap kencing dan sesetengahnya mengalami pedih sewaktu kencing.
Pemeriksaan air kencing mungkin dapat mengesan masalah saudara ini tetapi bukan kesemuanya. Saudara mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti mendapatkan perkhidmatan imbasan ultra sound bagi mengesahkan kehadiran batu karang dan kedudukannya.
Saya menasihatkan saudara supaya pergi berjumpa dengan doktor pakar urologi untuk kajian dan rawatan selanjutnya. Ini kerana apabila batu karang menjadi terlalu besar dan mengganggu perjalanan aliran air kencing. Malah, boleh jika tidak diubati, kuman mudah merebak dan berisiko untuk merosakkan ginjal.
Soalan dua:
Saya seorang penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya ada mengalami sakit pada testis, seperti masuk angin. Selain itu, saya juga kerap mengalami sakit pada perut. Apa pendapat doktor?
Jawapan:
MASALAH testis yang lazim dialami golongan lelaki muda adalah jangkitan kuman, kedudukan testis yang tidak sempurna seperti dalam karung (undescended testis), ketumbuhan dan kecederaan pada testis disebabkan oleh sukan dan aktiviti lasak.
Biasanya kesakitan pada testis menyebabkan pesakit berasa sakit pada perut. Adalah dinasihatkan supaya saudara memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar sekiranya melakukan aktiviti membabitkan banyak pergerakan seperti joging atau sukan berbasikal bagi mengelakkan pergerakan yang keterlaluan pada testis.
Bagaimanapun, saudara dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan yang rapi supaya dapat dipastikan masalah sebenar yang saudara alami.
Disediakan oleh Pakar Urologi Demc, Shah Alam, Dr Jamil Merican Mohd Yacob
Wednesday, December 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sy sejak kebelakangan ini kerap untuk membuang air kecil tetapi tidak pula mengalami sakit or pedih...sy jg mempunyai keinginan yang tinggi untuk membuang air kecil..dalam sehari sy membuang air kecil melebihi 10kali..adaka sy mghidapi batu karang??
dua tiga hari ni sy kerap membuang air kecil.dkm satu hr hampir 10kali dan mengalami sakit serta ngilu semasa membuang air.saya juga sering mengalami sakit pinggang dan sakit kepala. adkh saya juga menghidap batu karang?
Post a Comment